Friday, June 26, 2009

Apakah Intipati Kejayaan?

Seorang rakan sekolah saya menghantar email
dengan memberitahu bahawa saya telah berjaya
dalam hidup. Saya berpendapat beliau hanya melihat
banyaknya harta dimiliki serta kerap melancong
ke luar negara.

Namun begitu, sebenarnya setiap orang memiliki
pandangan berbeza mengenai kejayaan. Oleh itu,
saya berpendapat bahawa rujuklah pada Islam.
Ini kerana agama Islam melihat kejayaan bukan
apa yang dicapai di dunia sahaja malah merangkumi
persediaan untuk meraih kejayaan berada di
hadapan Allah SWT di akhirat nanti.

Solat Tahiyatul Masjid di Masjid Terapung, Jeddah


Justeru, kita wajar renungkan pandangan
Ibrahim Abdullah (BH,22 Jun 2009)yg menyatakan
bahawa kejayaan sekurang-kurangnya mencakupi
empat perkara sebagaimana berikut:-

1-Aktiviti yang kita lakukan menjadi suatu
amalan kerana apalah ertinya banyak beramal tapi
tidak mempunyai nilai.

2-Nama menjadi baik sebaik tingkah laku. Apabila
akhlaknya baik membuktikan ibadahnya ikhlas dan
betul. Apa pun yang kita lakukan, jika dilandaskan
dengan akhlak yang buruk nescaya akan berakhir
dengan kebinasaan.

3-Terus menambah ilmu dengan kepentingan diri dan
disampaikan kepada orang lain kerana tiada guna
ilmu jika tidak dimanfaatkan. Ini jelas, hanya
ilmu pengetahuan yang boleh membawa kita kepada
kejayaan. Bagaimana mungkin kita menanggani
situasi yang terus berubah dengan ilmu yang tidak
bertambah.

4-Mengeratkan silaturahim. Apabila terjalin
silaturahim, semakin ramai yang akan menyukai.

Akhir sekali, hidup yang tertib, disiplin
teratur akan membuat kita beroleh kejayaan.
Jika bersungguh-sungguh menyempurnakan ikhtiar
mencapai apa dihasratkan dengan izin Allah SWT
akan menghasilkan kejayaan.

Wallahu a'llam

2 comments:

  1. Buat apa yang disukai Allah dan tinggalkan apa yang x disukai Allah..Dan setiap kejayaan mahupun dugaan adalah satu cara Allah menguji keimanan kita padaNya

    Kalau sentiasa berbuat baik kepada Mak aku yakin kejayaan akan sentiasa bersama2 ..

    Mak yang hadir dalam rumahtangga anak2nya adalah satu Rahmat ..

    ReplyDelete