Thursday, June 25, 2009

Adakah Melepak Dibolehkan?

Gejala lepak sama ada dalam kalangan remaja
mahupun warga tua adalah fenomena biasa
dalam masyarakat hari. Jika remaja semakin
ramai mengerumuni kawasan kompleks membeli-
belah, golongan dewasa pula melepak di
kedai kopi atau kedai makan.

Namun begitu, Rasulullah SAW pernah pada
satu hari melewati jalan, akhirnya Baginda
SAW terserempak dengan sahabat sedang asyik
duduk berborak dan melepak di tepi jalan.
Rasulullah berkata,"Jangan kamu sekalian
berborak dan melepak di tepi jalan."


Melepak di Starbuck Mekah


Tetapi sahabat menjawab,"wahai Rasulullah!
Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan
amalan ini kerana hanya di situlah saja kami
dapat bercakap-cakap dan berborak sesama sendiri.
Kemudian, Rasulullah memberi pilihan atau jalan
keluar daripada amalan itu dengan berkata,
"Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan
kebiasaan itu, makan hendaklah kamu tunaikan
hak jalan ini."

Mereka pun bertanya,"Apakah hak jalan itu
wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab,"Tundukkan pandanganmu,
elakkan diri daripada mengganggu orang lain,
menjawab salam, menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, perkara pertama disyorkan Rasulullah
ialah menundukkan pandangan drpd perkara yang
boleh membangkitkan nafsu syahwat. Dengan kata
lain, pandangan mata adalah dilarang sama
sekali untuk melihat perkara dilarang seperti
aurat wanita ajnabi lama-lama.

Peringatan kedua adalah adab menjamin
keharmonian sesebuah masyarakat ialah seseorang
yg berborak di tepi jalan itu tidak boleh
menganggu orang lain drpd segi perasaannya serta
fizikalnya. Di samping itu, kita juga dilarang
berborak di tepi jalan sehingga menyebabkan
gangguan kpda orang lain terutama menyekat
laluan orang ramai atau mengurat golongan
wanita melintas kawasan itu.

Adab seterusnya adalah mengucapkan salam
adalah sunat, sementara menjawab salam pula
hukumnya wajib. Justeru, apabila seseorang
itu melepak di tepi jalan, tiba-tiba ada
mendengar ucapan salam, maka wajib menjawab
salam itu.

Akhirnya, adab pergaulan yang menjadi
tonggak utama Islam ialah menyeru ke arah
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru,
jika berlaku sebarang amalan negatif yang
bercanggah dengan Islam dan etika masyarakat
seperti amalan berjudi, minum arak dan
seumpamanya di tepi jalan, maka kita dituntut
mencegah kemungkaran itu.

Begitu juga, sebarang amalan kebaikan
menjadi kewajiban disampaikan juga kepada
golongan yang berborak dan melepak seperti
menasihat ke arah kebaikan, bersama menunaikan
solat fardhu berjemaah di masjid dan sebagainya.

Fikirkanlah betapa mudahnya kita untuk
mendapat ganjaran pahala sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sesiapayang mengajak kepada kebenaran, maka
dia sudah mendapat pahala seperti pahala
orang yang mengerjakannya dengan tidak
dikurangkan pahala sedikit pun juga. Sebaliknya
sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia
menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya
dengan tidak dikurangkan dosanya sedikit pun."
(Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam

1 comment:

  1. eh kat mekah pun ada starbuckss .. hehe.. wahh mekah akan aku kunjungi next june insyaAllah..

    ReplyDelete