Thursday, April 30, 2009

Aku atau Kau atau Siapa Mula Berubah?

Ketika aku muda dan imaginasi ku tiada batasnya,
aku bercita-cita untuk mengubah dunia. Tetapi apabila aku berumur dan lebih matang,
aku dapati dunia tidak mahu berubah. Oleh itu, aku
memutuskan untuk mengubah negara sahaja.

Tetapi malangnya, negara juga tidak mahu berubah.

Ketika usia ku menjelang senja, dengan
keazaman yang terakhir, aku berazam
untuk mengubah keluarga ku iaitu mereka yang
paling rapat dengan ku. Akan tetapi hampa,
kerana mereka juga tidak mahu berubah.

Kini bila aku terbaring menunggu maut yang
hampir tiba,aku mulai sedar:

Kalau lah aku mengubah diri sendiri terlebih dahulu,
Pasti dengan tauladan ku,
Aku dapat mengubah keluarga ku.

Daripada inspirasi dan galakan mereka,
mungkin aku dapat memperbaiki negara dan
manalah tahu, mungkin aku dapat jua
mengubah dunia.

[Terjemahan Jack Canfield & Mark Victor Hansen. "Chicken Soup For The Soul"]

Wednesday, April 22, 2009

Jakarta Ibu Kota Sibuk


Lapangan terbang Sukarno Hata International Airport, Jakarta


Bajai-kenderaan yang paling banyak di Jakarta.


Suasana jam 11malam di sekitar Sarinah-tempat membeli belah


Ruang legar Hotel di Jakarta

Tuesday, April 21, 2009

Adakah anda mempunyai tabiat orang berkesan?

Satu kajian yang dianjurkan oleh Universiti Yale pada tahun 1953, mendapati 97% pelajar tidak menulis apa-apa impian dan 3% pelajar menulis impian dan cita-cita (matlamat). Pada tahun 1973 (20 tahun kemudian), para penyelidik menjejaki setiap orang daripada mereka. Hasil kajian mendapati pendapatan mereka yang tergolong dalam 3% lebih besar berbanding pendapatan mereka yang tidak menulis matlamat hidup (97%) dalam (Fadzilah Kamsah, 2007).

Kajian yang dikelolakan di Universiti Harvard pada tahun 1979, mendapati 84% drpd graduan MBA dalam satu kelas tidak mempunyai sebarang matlamat sebenar. Selebihnya, iaitu sebanyak 13% mempunyai matlamat yang HANYA timbul dalam fikiran mereka dan 3% lagi mempunyai matlamat yang difikirkan secara terperinci. 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 1989, penyelidik menjejaki setiap drpd mereka. Sungguh memeranjatkan! Mereka yang mempunyai matlamat secara mental memperolehi pendapatan purata dua kali ganda lebih berbanding dengan pendapatan yang diperolehi oleh 84% graduan yang tidak mempunyai sebarang matlamat. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah:
Secara purata, 3% dengan matlamat terperinci memperolehi pendapatan 10 kali lebih tinggi daripada pendapatan bagi 97% yang lain (Rajen Devadasan, 2006)

Jadi anda terletak dalam golongan mana? Ayuh, bertindak sekarang TULIS MATLAMAT dengan terperinci. Apabila anda mempunyai matlamat jelas dan melaksanakan maka anda dikatakan mempunyai Tabiat Orang Amat Berkesan sebagaimana pendapat Stephen R. Covey.

Adakah anda mempunyai The Millionaire Mind?

Dr.Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan penyelidikan di kalangan beribu-ribu jutawan tentang faktor-faktor kejayaan seseorang jutawan. Justeru berikut adalah sifat yang perlu anda miliki:-
1-Jujur dengan semua orang,
2-Berdisiplin,
3-Mesra dengan orang di sekeliling,
4-Mempunyai pasangan hidup yang memberi sokongan,
5-Bekerja keras berbanding dengan orang biasa,
6-Cinta pada kerjaya atau perniagaan yang dijalankan,
7-Mempunyai kualiti menjadi ketua yang kuat,
8-Mempunyai personaliti daya bersaing,
9-Teratur dan terurus,
10-mempunyai kebolehan menjual idea dan produk.

Berfikirlah seketika dan bertanyalah pada diri anda;
Adakah saya memiliki faktor-faktor ini? Jika tidak semuanya maka
Yang manakah antara faktor ini yang anda kekurangan?

Sunday, April 19, 2009

Bagaimana Melenyapkan Kelesuan & Kecemasan

Menurut Dale Carnegie(1997) terdapat 4 Kebiasaan Kerja Yang Akan Menlenyapkan Kelesuan dan Kecemasan

1-Ketepikan semua kertas dari meja anda kecuali yang sedang diselesaikan.
Seseorang yang mejanya penuh dengan kertas dan surat-surat tentang berbagai masalah, sebenarnya dapat bekerja dengan mudah dan lebih teliti bila mejanya bersih dan hanya kerja-kerja yang perlukan penyelesaian segera sahaja yang diletakkan di atas meja. Ini yang disebutkan sebagai kebiasaan kerja yang baik dan merupakan langkah pertama menuju ke arah kecekapan kerja.

2-Buatlah sesuatu menurut urutan kepentingannya.
Henry L.Doherty, pengasas Cities Service Company menjelaskan bahawa beliau tidak kisah akan jumlah gaji yang dibayar kepadanya. Yang penting beliau telah menemui dua perkara yang amat sukar untuk ditemuai iaitu keupayaan berfikir dan keupayaan mengerjakan pekerjaan menurut urutan kepentingannya. Yang lebih penting harus didahulukan. Tambahan lagi merencanakan kerja menurut urutan kepentingannya adalah jauh lebih baik daripada melakukannya mengikut langkah kaki anda.

3-Ada Masalah, Segera Selesaikan berdasarkan fakta yang ada. Tidak Menangguhkan Keputusan.
H.P. Howell bekas ahli lembaga pengarah U.S.Steel pernah menyarankan kepada lembaga pengarah agar membincangkan satu persoalan pada satu masa dan terus membuat keputusan. Tidak boleh ditunda atau ditangguhkan. Yang penting, setiap persoalah harus diputuskan terlebih dahulu sebelum membicarakan persoalan yang berikutnya dan lihatlah hasilnya sangat menakjubkan dan bermanfaat sekali.

4-Belajarlah mengendalikan, mengagihkan kuasa serta mengawasi.
Ramai juga ahli perniagaan yang menggali liang kuburnya sendiri dalam usia yang muda, kerana mereka tidak pernah belajar mengagihkan kuasa kepada orang lain, semuanya mahu dikerjakannya sendiri. Akibatnya mereka menjadi keliru dan diseliputi oleh hal-hal yang kecil hinggalah yang terperinci. Jadi belajar mengendalikan dan agihkan kuasa agar menghindari diri dari kesedihan, ketegangan dan keletihan
(Antara petikan buku Dale Carnegie.1997.How to enjoy your life and your job)

Saturday, April 18, 2009

Suasana di Surabaya

Pemandangan lanskap hotel di Sidoarjo

Berada di pintu masuk masjid


Berlatar belakang beca di Jambatan Merah

Berada di Ladang Apel

Hotel di Batu

Pemandangan Gunung Bromo, Surabaya

Suasana membeli belah di Masjid Ampel


Friday, April 17, 2009

Adakah Anda Mengamalkan Kewangan Sihat?

Dalam dunia yang bergerak pantas dan pesat berubah, ramai di antara kita yang lazim mengerjakan sesuatu dengan segera dan perancangan kewangan jangka panjang seringkali merumitkan. Jika anda inginkan tindakan segera dan keputusan segera yang nyata, amalkan panduan berikut untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan kewangan yang terancang.

1-Rancang perbelanjaan
Kini kita menghampiri ekonomi tanpa tunai, ramai antara kita yang tidak mengetahui jumlah
sebenar kita berbelanja untuk keperluan harian. Jadi kita leka menggunakan kad kredit
sehinggalah penyata bank sampai pada akhir bulan. Maka merancanglah perbelanjaan itu
amat penting.
2-Berfikirlah antara 'mesti dimiliki' daripada 'elok dimiliki'
Kad kredit terlalu mudah memberi kita kepuasan segera. Jadi setiap kali anda mempunyai
keinginan berbelanja, fikirkan sejenak sama ada anda perlu berbelanja ketika itu atau tidak.

Wednesday, April 15, 2009

Program Persatuan Pelajar Siswazah FPPSM

Makan Tengahari di Restoran Pak Datok


Berada di Jambatan Barelang 1



Pembentangan Tesis di Universitas Batam