Sunday, April 19, 2009

Bagaimana Melenyapkan Kelesuan & Kecemasan

Menurut Dale Carnegie(1997) terdapat 4 Kebiasaan Kerja Yang Akan Menlenyapkan Kelesuan dan Kecemasan

1-Ketepikan semua kertas dari meja anda kecuali yang sedang diselesaikan.
Seseorang yang mejanya penuh dengan kertas dan surat-surat tentang berbagai masalah, sebenarnya dapat bekerja dengan mudah dan lebih teliti bila mejanya bersih dan hanya kerja-kerja yang perlukan penyelesaian segera sahaja yang diletakkan di atas meja. Ini yang disebutkan sebagai kebiasaan kerja yang baik dan merupakan langkah pertama menuju ke arah kecekapan kerja.

2-Buatlah sesuatu menurut urutan kepentingannya.
Henry L.Doherty, pengasas Cities Service Company menjelaskan bahawa beliau tidak kisah akan jumlah gaji yang dibayar kepadanya. Yang penting beliau telah menemui dua perkara yang amat sukar untuk ditemuai iaitu keupayaan berfikir dan keupayaan mengerjakan pekerjaan menurut urutan kepentingannya. Yang lebih penting harus didahulukan. Tambahan lagi merencanakan kerja menurut urutan kepentingannya adalah jauh lebih baik daripada melakukannya mengikut langkah kaki anda.

3-Ada Masalah, Segera Selesaikan berdasarkan fakta yang ada. Tidak Menangguhkan Keputusan.
H.P. Howell bekas ahli lembaga pengarah U.S.Steel pernah menyarankan kepada lembaga pengarah agar membincangkan satu persoalan pada satu masa dan terus membuat keputusan. Tidak boleh ditunda atau ditangguhkan. Yang penting, setiap persoalah harus diputuskan terlebih dahulu sebelum membicarakan persoalan yang berikutnya dan lihatlah hasilnya sangat menakjubkan dan bermanfaat sekali.

4-Belajarlah mengendalikan, mengagihkan kuasa serta mengawasi.
Ramai juga ahli perniagaan yang menggali liang kuburnya sendiri dalam usia yang muda, kerana mereka tidak pernah belajar mengagihkan kuasa kepada orang lain, semuanya mahu dikerjakannya sendiri. Akibatnya mereka menjadi keliru dan diseliputi oleh hal-hal yang kecil hinggalah yang terperinci. Jadi belajar mengendalikan dan agihkan kuasa agar menghindari diri dari kesedihan, ketegangan dan keletihan
(Antara petikan buku Dale Carnegie.1997.How to enjoy your life and your job)

No comments:

Post a Comment