Friday, June 26, 2009

Apakah Intipati Kejayaan?

Seorang rakan sekolah saya menghantar email
dengan memberitahu bahawa saya telah berjaya
dalam hidup. Saya berpendapat beliau hanya melihat
banyaknya harta dimiliki serta kerap melancong
ke luar negara.

Namun begitu, sebenarnya setiap orang memiliki
pandangan berbeza mengenai kejayaan. Oleh itu,
saya berpendapat bahawa rujuklah pada Islam.
Ini kerana agama Islam melihat kejayaan bukan
apa yang dicapai di dunia sahaja malah merangkumi
persediaan untuk meraih kejayaan berada di
hadapan Allah SWT di akhirat nanti.

Solat Tahiyatul Masjid di Masjid Terapung, Jeddah


Justeru, kita wajar renungkan pandangan
Ibrahim Abdullah (BH,22 Jun 2009)yg menyatakan
bahawa kejayaan sekurang-kurangnya mencakupi
empat perkara sebagaimana berikut:-

1-Aktiviti yang kita lakukan menjadi suatu
amalan kerana apalah ertinya banyak beramal tapi
tidak mempunyai nilai.

2-Nama menjadi baik sebaik tingkah laku. Apabila
akhlaknya baik membuktikan ibadahnya ikhlas dan
betul. Apa pun yang kita lakukan, jika dilandaskan
dengan akhlak yang buruk nescaya akan berakhir
dengan kebinasaan.

3-Terus menambah ilmu dengan kepentingan diri dan
disampaikan kepada orang lain kerana tiada guna
ilmu jika tidak dimanfaatkan. Ini jelas, hanya
ilmu pengetahuan yang boleh membawa kita kepada
kejayaan. Bagaimana mungkin kita menanggani
situasi yang terus berubah dengan ilmu yang tidak
bertambah.

4-Mengeratkan silaturahim. Apabila terjalin
silaturahim, semakin ramai yang akan menyukai.

Akhir sekali, hidup yang tertib, disiplin
teratur akan membuat kita beroleh kejayaan.
Jika bersungguh-sungguh menyempurnakan ikhtiar
mencapai apa dihasratkan dengan izin Allah SWT
akan menghasilkan kejayaan.

Wallahu a'llam

Thursday, June 25, 2009

Adakah Melepak Dibolehkan?

Gejala lepak sama ada dalam kalangan remaja
mahupun warga tua adalah fenomena biasa
dalam masyarakat hari. Jika remaja semakin
ramai mengerumuni kawasan kompleks membeli-
belah, golongan dewasa pula melepak di
kedai kopi atau kedai makan.

Namun begitu, Rasulullah SAW pernah pada
satu hari melewati jalan, akhirnya Baginda
SAW terserempak dengan sahabat sedang asyik
duduk berborak dan melepak di tepi jalan.
Rasulullah berkata,"Jangan kamu sekalian
berborak dan melepak di tepi jalan."


Melepak di Starbuck Mekah


Tetapi sahabat menjawab,"wahai Rasulullah!
Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan
amalan ini kerana hanya di situlah saja kami
dapat bercakap-cakap dan berborak sesama sendiri.
Kemudian, Rasulullah memberi pilihan atau jalan
keluar daripada amalan itu dengan berkata,
"Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan
kebiasaan itu, makan hendaklah kamu tunaikan
hak jalan ini."

Mereka pun bertanya,"Apakah hak jalan itu
wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab,"Tundukkan pandanganmu,
elakkan diri daripada mengganggu orang lain,
menjawab salam, menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, perkara pertama disyorkan Rasulullah
ialah menundukkan pandangan drpd perkara yang
boleh membangkitkan nafsu syahwat. Dengan kata
lain, pandangan mata adalah dilarang sama
sekali untuk melihat perkara dilarang seperti
aurat wanita ajnabi lama-lama.

Peringatan kedua adalah adab menjamin
keharmonian sesebuah masyarakat ialah seseorang
yg berborak di tepi jalan itu tidak boleh
menganggu orang lain drpd segi perasaannya serta
fizikalnya. Di samping itu, kita juga dilarang
berborak di tepi jalan sehingga menyebabkan
gangguan kpda orang lain terutama menyekat
laluan orang ramai atau mengurat golongan
wanita melintas kawasan itu.

Adab seterusnya adalah mengucapkan salam
adalah sunat, sementara menjawab salam pula
hukumnya wajib. Justeru, apabila seseorang
itu melepak di tepi jalan, tiba-tiba ada
mendengar ucapan salam, maka wajib menjawab
salam itu.

Akhirnya, adab pergaulan yang menjadi
tonggak utama Islam ialah menyeru ke arah
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru,
jika berlaku sebarang amalan negatif yang
bercanggah dengan Islam dan etika masyarakat
seperti amalan berjudi, minum arak dan
seumpamanya di tepi jalan, maka kita dituntut
mencegah kemungkaran itu.

Begitu juga, sebarang amalan kebaikan
menjadi kewajiban disampaikan juga kepada
golongan yang berborak dan melepak seperti
menasihat ke arah kebaikan, bersama menunaikan
solat fardhu berjemaah di masjid dan sebagainya.

Fikirkanlah betapa mudahnya kita untuk
mendapat ganjaran pahala sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sesiapayang mengajak kepada kebenaran, maka
dia sudah mendapat pahala seperti pahala
orang yang mengerjakannya dengan tidak
dikurangkan pahala sedikit pun juga. Sebaliknya
sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia
menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya
dengan tidak dikurangkan dosanya sedikit pun."
(Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam

Tuesday, June 23, 2009

Program Akademik Siswazah FPPSM Bersama Syarikat Konglamerat

Saya bersama siswazah Master dan PhD dalam
fakulti pengurusan dan pembangunan sumber manusia
UTM Skudai telah menjalin kerjasama untuk
bertukar idea dan maklumat di samping berkongsi
pengalaman terhadap perkembangan sumber manusia
dalam organisasi mereka.

1-Kilang Membuat Kereta Nasional, PROTON
di Tanjung Malim, Perak
Keluasan kilang ini adalah 5 kali luas kilang
di Shah Alam. Kilang ini mengeluarkan model Gen-2
Savvy, Satria Neo dan Pesona. Namun begitu, semua
injin untuk kereta Proton dikeluarkan di sini
kemudian dihantar ke Shah Alam untuk dipasang.
Secara perbandingan kilang Proton di Tanjung Malim
berteknologi tinggi dan banyak pengguna robotik
manakala di Shah Alam mengutamakan R & D.

Berada di Kompleks Sukan Proton, Tanjung Malim



Berada dalam Stadium Proton, Tanjung Malim



Bergambar bersama Pengurus Sumber Manusia Proton, Pn.Salemah Bt Abdul



Kenderaan yang membawa kami melawat robotik



Antara kenderaan bersedia untuk dipasarkan


2-PETROSAINS, KLCC
Suatu pengalaman yang banyak sekali boleh diterokai. Pihak pengurusan telah
menambah banyak seksyen untuk pelawat mengenali dan mendalami
ilmu pengetahuan terutama ruang angkasa lepas, pendedahan
carigali gas dan banyak lagi. Justeru tidak hairan
petrosains setiap hari mendapat tempahan daripada pengunjung.

Papan Tanda Petrosains pada pintu masuk



Seksyen penemuan raksaksa dan habitatnya



Antara keperluan seorang Angkasawan



Seksyen Penemuan Pelantar Minyak



3-SKY BRIDGE TWIN TOWER KLCC
Kami telah melawat sky-bridge KLCC yang terletak di
tingkat 41 menara berkembar KLCC. Tingkat ini saja
yang digunakan untuk pengunjung manakala tingkat 42
adalah laluan untuk penghuni menara berkembar KLCC.
Ini merupakan pengalaman yang sungguh menarik kerana
dapat melihat KL menerusi tingkat 41. Menara ini
adalah ketiga tertinggi di dunia dan menjadi
mercu tanda kemajuan dan pembangunan Malaysia
seterusnya meletakkan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan bagi pengunjung luar negara.

Pandangan dari luar Bangunan Berkembar KLCC



Gambar kenangan berada di Sky bridge, KLCC



Pandangan sisi di Sky bridge, KLCC



Gambar kenangan bersama Prof. Dr. Cameron di Sky bridge, KLCC

Monday, June 22, 2009

Faedah Berada di Madinah

Banyak tempat bersejarah di sekitar Madinah sewaktu
Nabi Muhammad menyebarkan agama Islam dan antaranya
saya lawati adalah:-

1-Masjid Quba
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid At Taqwa
Masjid ini adalah didirikan oleh Nabi sewaktu
sampai di Madinah. Kampung Quba adalah sebuah
kampung yang mula-mula sekali menyambut
kedatangan Nabi sewaktu berhijrah dari Makkah.

Hadis Nabi bermaksud;
"Barangsiapa yang bersuci (mengambil air
sembahyang) daripada rumahnya di Madinah
kemudian ke Masjid Quba dan bersolat dua
rakaat di masjid tersebut kemudian pulang
ke Madinah dia mendapat pahala seperti
mengerjakan satu Umrah."

Jelas menunjukkan bahawa banyak sekali
pahala dan ganjaran yang diberikan oleh
Allah kepada umatnya hanya mengamalkan apa
Nabi Muhammad lakukan sebelumnya.

2-Jabal Uhud
Saya juga ke Jabal Uhud yang merupakan bukit
yang paling penting dalam sejarah Islam.
Dalam peperangan dahsyat ini melibatkan
700 orang Islam dengan 3000 orang kafir
Quraisy yang terjadi pada 3hb Syaaban
tahun 3 Hijrah. Pahlawan yang terbunuh
adalah Hamzah Abdul Muttalib (bapa saudara
Nabi sendiri) dan 70 orang sahabat yang mati
syahid.


Berada di puncak Jabal Uhud


3-Masjid Qiblatain
Masjid yang mempunyai 2 kiblat. Kiblat
pertama umat Islam adalah Masjidil Aqsa dan
perintah Tuhan kpd Muhammad supaya menukar
kiblat ke arah Kaabah sehingga sekarang.




PERJALANAN PULANG KE MALAYSIA, singgah sebentar
di Jeddah, Arab Saudi

Berada di pinggir pantai Jeddah iaitu Laut Merah



Pemandangan di Masjid Terapung Jeddah



Sedang menunggu giliran untuk dapatkan tiket pulang



Berehat seketika menanti waktu berlepas

Ziarah Sewaktu Berada Di Madinah


Antara hotel yang dikelilingi sepanjang Masjid Nabawi, Madinah


Kaunter di Hotel Taiba, Madinah


Berada di hadapan tempat penginapan


Berada di laluan pintu Babussalam, Masjid Nabawi


Pandangan salah sebuah pintu masuk Masjid Nabawi Al-Munawarah


Makan pelbagai jenis kurma di Pasar Kurma


Melawat Ladang Ternakan Unta


Melawat Masjid Lama Hudaibiah


Pandangan sekitaran Makam Saidina Hamzah


Pintu Lama Ka'abah


Tangga Lama Ka'abah dalam Muzium Ka'abah


Muzium Ka'abah di Madinah Munawarah

Sunday, June 21, 2009

Ziarah Sewaktu Berada Di Makkah

Sebelum saya meneruskan paparan sepanjang melaksanakan
ibadah umrah serta ziarah tempat-tempat bersejarah,
sukacita saya maklumkan bahawa pengalaman ini bukan
bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi bertujuan
menimbulkan kesedaran, keinsafan, ketakwaan serta
inginkan semua umat beragama Islam timbul rasa keinginan
untuk beribadat kepada Allah s.w.t dan sama-sama
merasakan nikmat kebesaran dan kecintaan terhadap agama
yang dianuti. Jadi timbul persoalan mengapa mereka
berlumba-lumba untuk mengerjakan umrah?

Antara objektif mengerjakan umrah adalah:-
1-Melakukan ibadat sebagaimana nabi-nabi buat sebelumnya.
2-Untuk mendapatkan doa yang makbul kerana terdapat 13 tempat
apabila berdoa, Allah s.w.t menunaikannya mengikut kehendakNya
3-Mendapat ganjaran bukan sahaja untuk di dunia malah
sebagai bekalan untuk di Akhirat.

Namun begitu, banyak lagi untuk dihujah secara mendalam
mengapa umat Islam wajib mengerjakan umrah dan ini disokong
sabda Rasulullah s.a.w bermaksud;

"Haji dan Umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa
mengerjakan mana dahulu." (Dato'Md Che Ngah, 2007)

Oleh itu, pendapat Jumhur Ulama mengatakan umrah itu wajib
dilakukan seumur hidup sekali. Jika diulangi menjadi sunat
dan memperolehi pahala yang banyak apatah lagi jika ditunaikan
dalam bulan puasa.


Berada di tempat penginapan di Makkah


Tempat terakhir Nabi Muhammad berkhutbah di Jabal Rahmah


Berada di Jabal Rahmah.


Sedang menikmati air zam-zam. Kelebihan air zam-zam adalah air yang sehingga
kini dinikmati oleh semua umat Islam dan tidak pernah putus. Zam-zam juga
berupaya menyembuh dan menghindarkan sebarang penyakit apabila diminum
mengikut kehendak dan ketentuan Allah s.w.t


Berada di Jabal Thur. Lereng puncak Gua Thur pernah dijadikan tempat
persembunyian Nabi kita bersama-sama Abu Bakar.

Ibadah Umrah Ku

Baru-baru ini saya dan isteri menunaikan umrah sepanjang
2 minggu cuti sekolah. Justeru saya menyeru kepada mereka
yang mampu, pergilah tunaikan umrah sebagai tuntutan agama
sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah
ayat 196 berbunyi;
"Sempurnakan ibadah haji dan umrah kerana Allah"

Menurut Dato'Md Daud Che Ngah, sepanjang perjalanan hidup
manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika
dia tidak menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Hal ini kerana
perjalanan ibadat itu sebagai pelengkap kepada rukun Islam
yang kelima. Semoga paparan gambar di bawah membawa
semangat kepada tuan-tuan/puan-puan berusaha untuk
menunaikan ibadat umrah atau haji pada masa akan datang.



Berada di Lapangan Terbang Changi,Singapura



Ramai penjual sepanjang jalan ke Masjidil Haram



Pandangan Pintu Masuk Masjidil Haram, Mekah



Berniat ihram di Masjid Jarannah



Bergambar Selepas Bertawaf di Ka'abah



Sedang Melakukan Saie dr Safa ke Marwah

Tuesday, June 16, 2009

Nantikan Kemunculan ...?



Di manakah terletak gambar di bawah?
Dahulunya lebih banyak tanah batu dan pasir kini berubah wajah.
Kini dikelilingi oleh hotel bertingkat-tingkat.
Menjadi tumpuan orang ramai dan juga burung-burung merpati.
Namun kawasan sekitarnya semakin tahun terus berubah
seiring dengan kepesatan pengunjung.
Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.