Tuesday, June 2, 2009

Katakan Tak Nak Kpd Bimbang!

Keputusan Peperiksaan Semester Kurang Cemerlang?
Percanggahan Pendapat Dengan Kawan-kawan?
Perselisihan Faham Antara Suami Dan Isteri?
Anak-anak Tidak Dengar Cakap?

Perkara di atas antara perkara yang membawa kita
menjadi bimbang, resah dan ketidakpuashati antara
sesiapa sahaja. Namun perlukah kita merenung semua
perkara di atas!

Lihat pendapat Carnegie dalam bukunya "How to stop
worrying and start living" yang menyatakan bahawa
apabila kita tidak sibuk dan cuma duduk sambil
termenung mengakibatkan kita hanya akan menghasilkan
apa yang dinamakan oleh Charles Darwin sebagai
"wibber gibbers."

Apa yang dimaksudkan "wibber gibbers"? Hal ini adalah
khayalan yang membuat fikiran kita menjadi kosong dan
menghapuskan kemampuan kita untuk membuat sesuatu serta
menghalang kemampuan kita untuk berjaya.

Carnegie berkongsi cerita dalam buku tersebut.
Apabila seorang ahli perniagaan New York datang
berjumpa dengan beliau. Ahli perniagaan itu
adalah Trempler Longman. Trempler pernah suatu
ketika tidak dapat tidur dan merasa resah-gelisah
serta bimbang akan pelaburannya. Setengah juta
pelaburannya dalam perusahaan strawberi dalam
tin telah mengalami kemerosotan permintaan.
Ini adalah kerana syarikat pesaingnya telah
mendahuluinya. Akibatnya strawberi
tidak terjual.

Seketika itu, Trempler rasa rungsing dan bimbang.
Bagaimana hendak membayar gaji pekerja?
Bagaimana hendak membayar kontrak hadapan kpd
pembekal? dan banyak lagi pembayaran lain
perlu dijelaskan dalam tempoh setahun.

Oleh kerana Trempler mempunyai sikap tidak
putus asa maka beliau sibuk merancang pertemuan
dengan pelanggannya dan membuat rundingan dengan
syarikat-syarikat agar strawberi dalam tin dapat
dibeli oleh kliennya. Setiap malam berfikir untuk
mencari strategi perniagaan agar pembiayaan pelaburannya
dibiaya oleh firma kewangan.

Sedang beliau sibuk, semua kerisauan, kebimbangan
dan kesedihan semakin hari semakin kurang. Hal ini,
menyebabkan Trempler keletihan dan tiba di rumah
beliau pun tidur. Jadi hal kebimbangan dan
kerisauan tidak lagi menjadi beban. Oleh itu,
elakkan diri anda daripada memikirkan keterlaluan
tentang sesuatu. Sibuk kan diri anda dengan bekerja.
Cuti sekolah ini, sibuk kan bersama anak-anak dan
keluarga untuk beriadah. Jadi,pergilah melancong.
Rancanglah percutian anda bersama orang
tercinta sekiranya anda sangat menyanyangi mereka.

No comments:

Post a Comment