Tuesday, April 21, 2009

Adakah anda mempunyai tabiat orang berkesan?

Satu kajian yang dianjurkan oleh Universiti Yale pada tahun 1953, mendapati 97% pelajar tidak menulis apa-apa impian dan 3% pelajar menulis impian dan cita-cita (matlamat). Pada tahun 1973 (20 tahun kemudian), para penyelidik menjejaki setiap orang daripada mereka. Hasil kajian mendapati pendapatan mereka yang tergolong dalam 3% lebih besar berbanding pendapatan mereka yang tidak menulis matlamat hidup (97%) dalam (Fadzilah Kamsah, 2007).

Kajian yang dikelolakan di Universiti Harvard pada tahun 1979, mendapati 84% drpd graduan MBA dalam satu kelas tidak mempunyai sebarang matlamat sebenar. Selebihnya, iaitu sebanyak 13% mempunyai matlamat yang HANYA timbul dalam fikiran mereka dan 3% lagi mempunyai matlamat yang difikirkan secara terperinci. 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 1989, penyelidik menjejaki setiap drpd mereka. Sungguh memeranjatkan! Mereka yang mempunyai matlamat secara mental memperolehi pendapatan purata dua kali ganda lebih berbanding dengan pendapatan yang diperolehi oleh 84% graduan yang tidak mempunyai sebarang matlamat. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah:
Secara purata, 3% dengan matlamat terperinci memperolehi pendapatan 10 kali lebih tinggi daripada pendapatan bagi 97% yang lain (Rajen Devadasan, 2006)

Jadi anda terletak dalam golongan mana? Ayuh, bertindak sekarang TULIS MATLAMAT dengan terperinci. Apabila anda mempunyai matlamat jelas dan melaksanakan maka anda dikatakan mempunyai Tabiat Orang Amat Berkesan sebagaimana pendapat Stephen R. Covey.

No comments:

Post a Comment