Thursday, April 30, 2009

Aku atau Kau atau Siapa Mula Berubah?

Ketika aku muda dan imaginasi ku tiada batasnya,
aku bercita-cita untuk mengubah dunia. Tetapi apabila aku berumur dan lebih matang,
aku dapati dunia tidak mahu berubah. Oleh itu, aku
memutuskan untuk mengubah negara sahaja.

Tetapi malangnya, negara juga tidak mahu berubah.

Ketika usia ku menjelang senja, dengan
keazaman yang terakhir, aku berazam
untuk mengubah keluarga ku iaitu mereka yang
paling rapat dengan ku. Akan tetapi hampa,
kerana mereka juga tidak mahu berubah.

Kini bila aku terbaring menunggu maut yang
hampir tiba,aku mulai sedar:

Kalau lah aku mengubah diri sendiri terlebih dahulu,
Pasti dengan tauladan ku,
Aku dapat mengubah keluarga ku.

Daripada inspirasi dan galakan mereka,
mungkin aku dapat memperbaiki negara dan
manalah tahu, mungkin aku dapat jua
mengubah dunia.

[Terjemahan Jack Canfield & Mark Victor Hansen. "Chicken Soup For The Soul"]

No comments:

Post a Comment