Sunday, May 10, 2009

Untuk Maju, Tingkatkan Ilmu

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)Zon Selatan telah mengambil inisiatif
dengan mengadakan lawatan ke Kilang Baja All Cosmos Industries Sdn Bhd
dan Felda Agricultural Services Sdn Bhd pada 7 Mei 2009. Bagi saya lawatan
Kilang Baja All Cosmos Industries Sdn Bhd yang terletak di Pasir Gudang
ini sangat bermakna kerana dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan
bagaimana raw material (bahan mentah)diambil sehinggalah dipantau
kesahihan kandungan serta aktiviti pembungkusan baja.

Menurut pegawai All Cosmos mendapati bahawa terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi hasil buah kelapa sawit iaitu:-
1-Anak Benih
2-Tanah
3-Cuaca
4-Pengurusan Ladang
5-Pembajaan
6-Kawalan Perosak & Penyakit

Jadi, aktiviti membaja yang berjadual mampu meningkatkan hasil buah sawit sehingga 60 peratus daripada biasa. Dengan adanya teknologi dan penyelidikan yang dibuat di All Cosmos bersama pegawai penyelidik MPOB maka terhasil satu baju yang dikenali
3 dalam 1 iaitu MPOB 4 yang mengandungi bahan kimia, organik serta zeolite.

Sepanjang pengawasan dan pengurusan ladang yang saya kendalikan, aktiviti pembajaan menyumbang kepada 2 kali penghasilan malah terdapat juga menghampiri 3 kali ganda penghasilan berbanding tidak dibaja. Malah kelebihan MPOB 4 mengandungi organik dan zeolite berbanding dalam pasaran hanya menggunakan bahan kimia sahaja.

Melawat Felda Agricultural Services Sdn Bhd di Felda Bukit Batu dapat mengetahui bagaimana penyediaan anak benih sawit. Di samping itu, pendedahan kaedah pengawalan dan penyelenggaraan benih sawit terutamanya kepada mereka yang ingin menjalankan aktiviti nurseri.

Saya juga menyeru MPOB dapat mengadakan lawatan ke kilang pengeluaran racun perosak selepas ini. Ini bertepatan dengan sebuah hadis bermaksud, "sesiapa sahaja yang mahukan kebahagian di dunia, ia dapat diperoleh dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kebahagian akhirat, juga dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan kebahagiaan kedua-duanya juga dengan ilmu." Maklumat sedemikian, membantu bukan sahaja pekebun-pekebun kecil malah orang ramai menyedari bahawa terdapat banyak perkembangan sama ada dari segi teknologi, bahan mentah yang bermutu untuk dihasilkan malah dapat membezakan antara baja atau anak benih yang bermutu dengan yang palsu.









No comments:

Post a Comment