Saturday, May 23, 2009

Lihatlah Kegagalan Sebagai Permulaan Utk Berjaya

Adakah anda mengenali ikon perniagaan Lee Iacocca. Beliau adalah
bekas CEO Chrysler. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan
dari Universiti Princeton. Bermula kerjayanya sebagai jurutera di Ford.
Selama 21 tahun bekerja, Lee berjaya dengan cemerlang meningkatkan
jualan dan keuntungan Ford secara besar-besaran. Kemudian,
berlaku perselisihan antara Lee dan Henry Ford II yang mengakibatkan
Lee dipecat.

Bagaimankah Lee berfikir dan bertindak balas dalam hal ini?
Adakah Lee berasa sedih dan murung?
Tetapi Lee memilih untuk bertindak balas dengan cara positif.
Lee berkata kepada Henry Ford, "Suatu hari nanti saya pasti
mengalahkan syarikat anda!"

Tidak lama selepas dipecat, Lee bekerja di Syarikat Chrysler
yang hampir bankrap. Dengan semangat dan melihat kegagalan bukan
halangan untuk berjaya maka Lee bertindak membangunkan semula
Chrysler sehingga ia mampu mengaut keuntungan besar dan menjadi
pesaing Ford. Lee Iacocca menjadi ikon kejayaan perniagaan dan
diiktiraf sebagai salah seorang CEO terbaik dunia.

Lihat pula keberanian dan kekuatan mental Donald Trump.
Siapa tidak kenal Donald Trump. Seorang jutawan AS pada awal 1980an
hingga 1990an. Kejayaannya diceritakan dalam tulisannya bertajuk
'The Art of the Deal' dan 'Surviving at the top'.

Apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada akhir 1990an, sekelip mata
kekayaan Trump lenyap dan mempunyai hutang berbillion dolar AS.
Oleh kerana, Trump berfikir kegagalan bukan penghujung perniagaannya
maka dia berusaha keras bagi membina semula hidupnya. Dalam tempoh
tiga tahun, Trump mendapat keuntungan lebih daripada tiga billion dan
dia menceritakannya dalam 'The Art of Comeback. Trump membincangkan
bagaimana kesusahannya menjadi DIA LEBIH BIJAK, KUAT DAN FOKUS daripada
sebelumnya. Anda pula bagaimana sekiranya ditimpa kesusahan?

Setelah melihat dua kisah di AS , bagaimana pula kisah seorang motivator
cadangannya untuk mengembangkan perniagaan telah ditolak mentah-mentah
oleh pemilik syarikat tersebut. Yang dimaksudkan ialah Adam Khoo seorang
motivator dari Singapura. Adam Khoo berfikir seketika dengan berkata,

"Penolakan ini bererti saya perlu memulakan syarikat saya sendiri. Saya
mampu bekerja dan membuat program dengan lebih baik."

Maka lahirlah Adam Khoo Learning Technologies Group (AKLTG) dan dalam tempoh
setahun berjaya menjana keuntungan setengah juta dollar. Dalam usia 28tahun
beliau telah bergelar jutawan malah bukunya bertajuk ,
"Master Your Mind, Design Your Destiny" menjadi best seller.

Persoalannya, bagaimana anda berfikir sekiranya kejadian-kejadian
seumpamanya memusnahkan keyakinan dan kepercayaan anda?
Adakah anda bersikap negatif untuk tidak berusaha?
Adakah anda bertindak balas dengan mengkhianati mereka?

Tetapi mereka yang berjaya tidak membiarkan hal itu menghalang
mereka daripada mengambil tindakan. Pada masa yang sama, mereka
mengubah perkara negatif kepada positif.

Anda bagaimana? Pilihan ditangan anda!

No comments:

Post a Comment