Saturday, May 30, 2009

Bagaimana menyingkirkan rasa bimbang?

Saya ingin berkongsi satu cerita yang dibawa oleh Dale Carnegie
dalam bukunya bertajuk "How to stop worrying and start living?".

Persoalan saya,
Mengapakah kita rasa bimbang tentang sesuatu?
Apakah peristiwa silam perlu diratapi?

Pada suatu malam, seorang murid Carnegie telah datang
dan menceritakan pengalamannya. Kisah murid ini adalah
bagaimana keluarganya ditimpa musibah. Bukan hanya sekali
tapi dua kali.

Pertama, beliau kehilangan anak perempuan berusia lima tahun.
Anak yang paling disayangi meninggal dunia. Beliau dan isteri
tidak dapat menerima hakikat ke atas musibah itu.

Peristiwa kedua belaku selepas 10 bulan kemudian, apabila
Tuhan telah menganugerahkannya seorang bayi perempuan
dan dalam tempoh 5 hari, bayi itu meninggal dunia.

Kehilangan yang berturut-turut tidak dapat ditanggungnya
lagi. Akibatnya, beliau tidak dapat tidur dan tidak
mempunyai selera makan.

Beliau ambil keputusan utk berjumpa doktor. Doktor telah
memberikan beliau pil tidur dan menasihatkannya utk
pergi berkelah. Beliau telah melakukan kedua-dua
nasihat doktor. Namun tidak berkesan malah badannya bagaikan
tersepit dan rahangnya makin lama makin rapat.

Walaupun begitu, beliau ada seorang anak lelaki berumur
empat tahun. Anak tersebut telah memberikan beliau jalan
keluar daripada kebimbangan.

Kisah apabila si ayah ini termenung memikirkan nasib
malang yang menimpa dirinya, si anak lelaki ini
mendekati lalu berkata, " Ayah buatkan saya sebuah
perahu!". Ketika itu, si Ayah tiada keinginan untuk
membuat perahu. Akan tetapi anak itu tetap mendesak!
Akhirnya si Ayah menyerah dan bersetuju.

"Perahu mainan itu dapat saya siapkan dalam masa tiga jam.
Setelah pekerjaan itu selesai, saya sedar apa yang telah
saya alami selama tiga jamitu. Fikiran saya menjadi lega
dan aman. Saat itu ternyata merupakan permulaan bagi
perasaan lega dan damai yang telah berbulan-bulan lamanya
tidak saya milik!"

Jadi, murid tersebut sedar bahawa orang tidak mudah menjadi
bimbang apabila dia sedang sibuk mengerjakan sesuatu yang
memerlukan pemikiran dan perancangan. Dalam kes ini, kesibukan
membuat perahu telah berjaya mengusir kebimbangan. Maka
wajarlah untuk selalu sibuk dengan kerja-kerja berfaedah.

Adakah keputusan peperiksaan anda merosot?
Adakah kekasih anda tinggalkan anda?
Anda menghadapi perbelanjaan negatif?
Anda kehilangan sahabat karib?
atau bermacam-macam musibah?

Renungkan kata-kata ini,
Winston Churchill ketika beliau bekerja 18 jam sehari
sewaktu peperangan mencapai kemuncaknya dan ditanya,
"Adakah anda berasa bimbang dan takut tentang
tanggungjawab yang sangat besar itu?"

Beliau menjawab, "Saya sangat sibuk. Saya tidak
mempunyai waktu untuk bimbang."


Nasihat saya Rehat dan bertenang. Percayalah Tuhan sedang
memberikan anda suatu kerahmatan. Sebarang ujian dan
masalah yang diberikan adalah untuk meningkatkan kesabaran
dan sudah tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Sesungguhnya tuhan lebih mengetahui daripada segala-galanya.

No comments:

Post a Comment