Tuesday, June 16, 2009

Nantikan Kemunculan ...?



Di manakah terletak gambar di bawah?
Dahulunya lebih banyak tanah batu dan pasir kini berubah wajah.
Kini dikelilingi oleh hotel bertingkat-tingkat.
Menjadi tumpuan orang ramai dan juga burung-burung merpati.
Namun kawasan sekitarnya semakin tahun terus berubah
seiring dengan kepesatan pengunjung.
Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.













Tuesday, June 2, 2009

Melancong Juga Perlu Ilmu

Hotel mana lebih murah?
Nak ke sana naik bas ke, naik teksi atau
ada orang tunggu?
Mana lebih murah, tukar duit di M'sia atau
di negara mereka?

Perkara di atas sering menjadi tanda tanya apabila hendak
bercuti untuk melancong. Justeru, Dr.Fadzilah Kamsah dalam
bukunya bertajuk Merancang Kejayaan telah menyarankan
bahawa individu yang tidak merancang bererti dia
merancang untuk gagal. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
kita membuat analisis tempat yang hendak dikunjungi.

Saya berpendapat membuat perbandingan daripada pelbagai
sudut dan membuat analisis tempat pelancongan adalah suatu
bentuk ilmu pengetahuan. Oleh itu, adalah disyorkan
merancang percutian sebagaimana pendapat Syed Mazlan
(Berita Harian, 2 Jun 2009) seperti berikut:-

1-Rancang percutian anda terlebih dahulu.
Ke mana kita mahu pergi?
Cuti bagaimana yang kita mahu?
Apa konsepnya, untuk riadah atau ringkas.

2-Sediakan belanjawan.
Jika guna agensi, 90% telah dibayar terlebih dahulu.
Jika melancong secara ala-carte, sediakan jangkaan
jumlah wang yang kita perlukan utk kos penginapan,
pengangkutan, makanan dan membeli-belah.

3-Fahamkan anak terhadap nilai wang.
Terangkan kepada mereka kita bercuti dalam
bajet terhad.

4-Rancang aktiviti membeli-belah.
Sediakan senarai pendek apa yang mahu kita
cari setibanya di destinasi.

5-Rancang pembelian cenderahati.
Berbelanja sekadar ingatan kita sudah
mencukupi. Jadi berbelanja secara berhemah.

6-Gunakan kad kredit dgn bijaksana.
Elak berbelanja sesuka hati dan elak sindrom
berduka selepas bersuka.

7-Pastikan anda ada lebihan tunai sekembalinya
daripada bercuti.

Namun perkara di atas adalah antara panduan untuk
difikirkan sesuai dengan kemampuan dan keupayaan anda.
Walau bagaimanapun, berbelanja untuk orang tersayang
tidak sewajarnya kita kedekut untuk menikmati percutian
yang penuh bermakna lagi nostalgia.

Jom melancong ke Pulau Batam, Indonesia






























Ilmu Bukan Sekadar Untuk Popular

Ilmu pemangkin kemajuan bangsa adalah suatu
kenyataan benar. Ini dijelaskan dalam laman
blog Dr Norhani Bakri. Namun sebenarnya ilmu
lebih daripada itu sekiranya kita hendak
mengupasnya.

Sebuah hadis daripada Muhammad Bin Abdullah
yang bermaksud, "Sesiapa sahaja yang mahukan
kebahagiaan di dunia, ia dapat diperoleh dengan
ilmu. Sesiapa yang mahukan kebahagiaan akhirat
juga dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan
kebahagiaan kedua-duanya (dunia dan akhirat)juga
dengan ilmu." Jelas menggambarkan bahawa tingginya
ilmu dan kepentingan ilmu pada manusia. Malah
orang zaman purba sekali pun tetap mahukan ilmu.
Contohnya ilmu memasak bagi mendapatkan api untuk
menyediakan masakan dan minuman.

Renungkan pendapat Dr.Fadzilah Kamsah, ilmu sahaja
mampu mengubah hidup individu daripada mundur kepada
keadaan lebih maju dan secara langsung membantu
mengangkat martabat dan kedudukan individu.

Surah al-Mujadalah:11 bermaksud,"..Allah meninggikan
darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan
orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan daripada
kalangan kamu beberapa darjat. Dan Allah Maha Mendalam
Pengetahuan Nya tentang apa yang kamu lakukan." Jadi,
dalam Agama Islam sendiri memuliakan mereka yang
berusaha untuk menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan.
Malah janji Tuhan bahawa mereka diberikan ganjaran pahala
apa lagi jika ilmu itu diamalkan seterusnya mereka yang
menerima mengamalkannya pula. Sungguh besar ganjaran kepada
mereka yang menyebarkan ilmu pengetahuan.

Namun jangan kita megah dengan ilmu yang tinggi
melangit sahaja tetapi tidak diamalkan. Justeru
benarlah kata-kata Imam al-Ghazali berpesan bahawa
individu itu tidak dikatakan terpelajar selagi
belum nampak ilmu yang dimiliki memberi kesan kepada
kehidupan bangsanya. Ayuh! sebarkanlah ilmu tuan-tuan
dan puan-puan. Tidak kedekut menyampaikannya.

Katakan Tak Nak Kpd Bimbang!

Keputusan Peperiksaan Semester Kurang Cemerlang?
Percanggahan Pendapat Dengan Kawan-kawan?
Perselisihan Faham Antara Suami Dan Isteri?
Anak-anak Tidak Dengar Cakap?

Perkara di atas antara perkara yang membawa kita
menjadi bimbang, resah dan ketidakpuashati antara
sesiapa sahaja. Namun perlukah kita merenung semua
perkara di atas!

Lihat pendapat Carnegie dalam bukunya "How to stop
worrying and start living" yang menyatakan bahawa
apabila kita tidak sibuk dan cuma duduk sambil
termenung mengakibatkan kita hanya akan menghasilkan
apa yang dinamakan oleh Charles Darwin sebagai
"wibber gibbers."

Apa yang dimaksudkan "wibber gibbers"? Hal ini adalah
khayalan yang membuat fikiran kita menjadi kosong dan
menghapuskan kemampuan kita untuk membuat sesuatu serta
menghalang kemampuan kita untuk berjaya.

Carnegie berkongsi cerita dalam buku tersebut.
Apabila seorang ahli perniagaan New York datang
berjumpa dengan beliau. Ahli perniagaan itu
adalah Trempler Longman. Trempler pernah suatu
ketika tidak dapat tidur dan merasa resah-gelisah
serta bimbang akan pelaburannya. Setengah juta
pelaburannya dalam perusahaan strawberi dalam
tin telah mengalami kemerosotan permintaan.
Ini adalah kerana syarikat pesaingnya telah
mendahuluinya. Akibatnya strawberi
tidak terjual.

Seketika itu, Trempler rasa rungsing dan bimbang.
Bagaimana hendak membayar gaji pekerja?
Bagaimana hendak membayar kontrak hadapan kpd
pembekal? dan banyak lagi pembayaran lain
perlu dijelaskan dalam tempoh setahun.

Oleh kerana Trempler mempunyai sikap tidak
putus asa maka beliau sibuk merancang pertemuan
dengan pelanggannya dan membuat rundingan dengan
syarikat-syarikat agar strawberi dalam tin dapat
dibeli oleh kliennya. Setiap malam berfikir untuk
mencari strategi perniagaan agar pembiayaan pelaburannya
dibiaya oleh firma kewangan.

Sedang beliau sibuk, semua kerisauan, kebimbangan
dan kesedihan semakin hari semakin kurang. Hal ini,
menyebabkan Trempler keletihan dan tiba di rumah
beliau pun tidur. Jadi hal kebimbangan dan
kerisauan tidak lagi menjadi beban. Oleh itu,
elakkan diri anda daripada memikirkan keterlaluan
tentang sesuatu. Sibuk kan diri anda dengan bekerja.
Cuti sekolah ini, sibuk kan bersama anak-anak dan
keluarga untuk beriadah. Jadi,pergilah melancong.
Rancanglah percutian anda bersama orang
tercinta sekiranya anda sangat menyanyangi mereka.

Sunday, May 31, 2009

Lagi Cuti-Cuti Malaysia


Kenangan Di Palm Spring, Port Dickson, Negeri Sembilan


Suasana dalam penginapan Palm Spring, Port Dickson


The best picture from Rafiq


Kemesraaan adik-beradik


Seronoknya! Kawasan khusus untuk kanak-kanak


Kolam Mandi Di Palm Spring, Port Dickson

Cameron Highland Seperti Negara Sejuk


Kawasan Bunga Segar Di Cameron Highland


Berada Sekitar Ladang Teh Di Cameron Highland


Berlatar belakang Air Terjun Di Cameron Highland

Tinggalkan Sementara Kerja Rutin, Marilah Melancong

Jalan-Jalan Di Terengganu