- Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik.
- Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.
- Jika guru duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk serta tidak riak.
- Tidak sombong (takbur) kecuali terhadap orang zalim.
- Bersifat tawaduk dalam perbincangan.
- Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua pelajarnya.
- Bersabar dan tidak mengherdik pelajar bodoh.
- Membimbing dan mendidik pelajar yang bodoh dengan cara terbaik.
- Menampilkan hujah yang benar apabila berada di pihak yang salah.
Namun begitu, pada hemah saya, pendapat di atas juga wajar diterapkan kepada sesiapa sahaja yang menghadapi kerenah-kerenah pekerja yang diselia. Hal ini disebabkan mereka yang diselia mempunyai pelbagai ragam. Masalah yang timbul itu juga menuntut penyelia atau ketua dalam sesebuah organisasi untuk diselesaikan. Jadi sebagai penyelesai masalah, seharusnya meletakkan diri sebagai pendidik dan ini membantu orang bermasalah melihat penyelianya bukan sekadar ketua atau penyelia kerja malah lebih daripada itu. Maka benarlah kata-kata punjangga, High Tech is Human Touch.
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment