Sunday, May 31, 2009

Lagi Cuti-Cuti Malaysia


Kenangan Di Palm Spring, Port Dickson, Negeri Sembilan


Suasana dalam penginapan Palm Spring, Port Dickson


The best picture from Rafiq


Kemesraaan adik-beradik


Seronoknya! Kawasan khusus untuk kanak-kanak


Kolam Mandi Di Palm Spring, Port Dickson

Cameron Highland Seperti Negara Sejuk


Kawasan Bunga Segar Di Cameron Highland


Berada Sekitar Ladang Teh Di Cameron Highland


Berlatar belakang Air Terjun Di Cameron Highland

Tinggalkan Sementara Kerja Rutin, Marilah Melancong

Jalan-Jalan Di Terengganu







Cuti-cuti Malaysia

Renungkan kata-kata ini, jauh perjalanan luas pandangan. Maka bawalah
keluarga bercuti dan melancong. Banyak sekali tempat menarik di
Malaysia dan banyak lagi untuk diterokai.

BERCUTI DI LUMUT, PERAK









Menenangkan Fikiran, Pergilah Bercuti!

Satu persoalan sering ditimbulkan bahawa adakah penggunaan ubat bius yang
paling baik bagi penderita penyakit saraf boleh menghilangkan penyakit.
Henry W. Longfellow yang mengalami penyakit tersebut telah menggunakan
pendekatan berbeza iaitu beliau mengajak anak-anak melancong,
bercerita serta bermain dalam masa melancong. Akhirnya penyakit
beliau semakin hari semakin berkurang. Sehingga beliau tidak
perlu mengambil sebarang ubat yang disyorkan oleh doktor.
Jadi cuti sekolah telah tiba, ambil cuti dan pergilah melancong
bersama anak-anak agar ikatan kekeluargaan bertambah erat dan mengekalkan
kasih sayang antara anak-anak dan isteri/suami.

Pergilah melancong, banyak tempat di Malaysia boleh dilawati dan
banyak lagi untuk diterokai.

BERCUTI DI PANTAI DESARU, JOHOR








Saturday, May 30, 2009

Bagaimana menyingkirkan rasa bimbang?

Saya ingin berkongsi satu cerita yang dibawa oleh Dale Carnegie
dalam bukunya bertajuk "How to stop worrying and start living?".

Persoalan saya,
Mengapakah kita rasa bimbang tentang sesuatu?
Apakah peristiwa silam perlu diratapi?

Pada suatu malam, seorang murid Carnegie telah datang
dan menceritakan pengalamannya. Kisah murid ini adalah
bagaimana keluarganya ditimpa musibah. Bukan hanya sekali
tapi dua kali.

Pertama, beliau kehilangan anak perempuan berusia lima tahun.
Anak yang paling disayangi meninggal dunia. Beliau dan isteri
tidak dapat menerima hakikat ke atas musibah itu.

Peristiwa kedua belaku selepas 10 bulan kemudian, apabila
Tuhan telah menganugerahkannya seorang bayi perempuan
dan dalam tempoh 5 hari, bayi itu meninggal dunia.

Kehilangan yang berturut-turut tidak dapat ditanggungnya
lagi. Akibatnya, beliau tidak dapat tidur dan tidak
mempunyai selera makan.

Beliau ambil keputusan utk berjumpa doktor. Doktor telah
memberikan beliau pil tidur dan menasihatkannya utk
pergi berkelah. Beliau telah melakukan kedua-dua
nasihat doktor. Namun tidak berkesan malah badannya bagaikan
tersepit dan rahangnya makin lama makin rapat.

Walaupun begitu, beliau ada seorang anak lelaki berumur
empat tahun. Anak tersebut telah memberikan beliau jalan
keluar daripada kebimbangan.

Kisah apabila si ayah ini termenung memikirkan nasib
malang yang menimpa dirinya, si anak lelaki ini
mendekati lalu berkata, " Ayah buatkan saya sebuah
perahu!". Ketika itu, si Ayah tiada keinginan untuk
membuat perahu. Akan tetapi anak itu tetap mendesak!
Akhirnya si Ayah menyerah dan bersetuju.

"Perahu mainan itu dapat saya siapkan dalam masa tiga jam.
Setelah pekerjaan itu selesai, saya sedar apa yang telah
saya alami selama tiga jamitu. Fikiran saya menjadi lega
dan aman. Saat itu ternyata merupakan permulaan bagi
perasaan lega dan damai yang telah berbulan-bulan lamanya
tidak saya milik!"

Jadi, murid tersebut sedar bahawa orang tidak mudah menjadi
bimbang apabila dia sedang sibuk mengerjakan sesuatu yang
memerlukan pemikiran dan perancangan. Dalam kes ini, kesibukan
membuat perahu telah berjaya mengusir kebimbangan. Maka
wajarlah untuk selalu sibuk dengan kerja-kerja berfaedah.

Adakah keputusan peperiksaan anda merosot?
Adakah kekasih anda tinggalkan anda?
Anda menghadapi perbelanjaan negatif?
Anda kehilangan sahabat karib?
atau bermacam-macam musibah?

Renungkan kata-kata ini,
Winston Churchill ketika beliau bekerja 18 jam sehari
sewaktu peperangan mencapai kemuncaknya dan ditanya,
"Adakah anda berasa bimbang dan takut tentang
tanggungjawab yang sangat besar itu?"

Beliau menjawab, "Saya sangat sibuk. Saya tidak
mempunyai waktu untuk bimbang."


Nasihat saya Rehat dan bertenang. Percayalah Tuhan sedang
memberikan anda suatu kerahmatan. Sebarang ujian dan
masalah yang diberikan adalah untuk meningkatkan kesabaran
dan sudah tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Sesungguhnya tuhan lebih mengetahui daripada segala-galanya.

Saturday, May 23, 2009

Lihatlah Kegagalan Sebagai Permulaan Utk Berjaya

Adakah anda mengenali ikon perniagaan Lee Iacocca. Beliau adalah
bekas CEO Chrysler. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan
dari Universiti Princeton. Bermula kerjayanya sebagai jurutera di Ford.
Selama 21 tahun bekerja, Lee berjaya dengan cemerlang meningkatkan
jualan dan keuntungan Ford secara besar-besaran. Kemudian,
berlaku perselisihan antara Lee dan Henry Ford II yang mengakibatkan
Lee dipecat.

Bagaimankah Lee berfikir dan bertindak balas dalam hal ini?
Adakah Lee berasa sedih dan murung?
Tetapi Lee memilih untuk bertindak balas dengan cara positif.
Lee berkata kepada Henry Ford, "Suatu hari nanti saya pasti
mengalahkan syarikat anda!"

Tidak lama selepas dipecat, Lee bekerja di Syarikat Chrysler
yang hampir bankrap. Dengan semangat dan melihat kegagalan bukan
halangan untuk berjaya maka Lee bertindak membangunkan semula
Chrysler sehingga ia mampu mengaut keuntungan besar dan menjadi
pesaing Ford. Lee Iacocca menjadi ikon kejayaan perniagaan dan
diiktiraf sebagai salah seorang CEO terbaik dunia.

Lihat pula keberanian dan kekuatan mental Donald Trump.
Siapa tidak kenal Donald Trump. Seorang jutawan AS pada awal 1980an
hingga 1990an. Kejayaannya diceritakan dalam tulisannya bertajuk
'The Art of the Deal' dan 'Surviving at the top'.

Apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada akhir 1990an, sekelip mata
kekayaan Trump lenyap dan mempunyai hutang berbillion dolar AS.
Oleh kerana, Trump berfikir kegagalan bukan penghujung perniagaannya
maka dia berusaha keras bagi membina semula hidupnya. Dalam tempoh
tiga tahun, Trump mendapat keuntungan lebih daripada tiga billion dan
dia menceritakannya dalam 'The Art of Comeback. Trump membincangkan
bagaimana kesusahannya menjadi DIA LEBIH BIJAK, KUAT DAN FOKUS daripada
sebelumnya. Anda pula bagaimana sekiranya ditimpa kesusahan?

Setelah melihat dua kisah di AS , bagaimana pula kisah seorang motivator
cadangannya untuk mengembangkan perniagaan telah ditolak mentah-mentah
oleh pemilik syarikat tersebut. Yang dimaksudkan ialah Adam Khoo seorang
motivator dari Singapura. Adam Khoo berfikir seketika dengan berkata,

"Penolakan ini bererti saya perlu memulakan syarikat saya sendiri. Saya
mampu bekerja dan membuat program dengan lebih baik."

Maka lahirlah Adam Khoo Learning Technologies Group (AKLTG) dan dalam tempoh
setahun berjaya menjana keuntungan setengah juta dollar. Dalam usia 28tahun
beliau telah bergelar jutawan malah bukunya bertajuk ,
"Master Your Mind, Design Your Destiny" menjadi best seller.

Persoalannya, bagaimana anda berfikir sekiranya kejadian-kejadian
seumpamanya memusnahkan keyakinan dan kepercayaan anda?
Adakah anda bersikap negatif untuk tidak berusaha?
Adakah anda bertindak balas dengan mengkhianati mereka?

Tetapi mereka yang berjaya tidak membiarkan hal itu menghalang
mereka daripada mengambil tindakan. Pada masa yang sama, mereka
mengubah perkara negatif kepada positif.

Anda bagaimana? Pilihan ditangan anda!

Wednesday, May 13, 2009

Apakah Perbezaan Orang Berjaya Dgn Orang Tidak Berjaya?

Cuba kita renungkan kata-kata ini,
Perbezaan orang biasa dan orang berjaya adalah orang berjaya
menerima semua pengalaman dan kejadian sebagai cabaran sementara
orang biasa menerimanya sebagai hukuman sebagaimana pendapat
Don Juan dalam Tales of Power.

Persoalan yang timbul, mengapa ada orang itu boleh mencapai kejayaan?
Adakah mereka ini memiliki ramai kenalan?
Adakah mereka mempunyai wang yang banyak?
Adakah mereka ini memiliki keturunan yang baik-baik?

Jadi, menurut Norman Vincent Peale bahawa tiada satu genetik yang
serupa bagi semua orang yang berjaya malah mereka datang
daripada pelbagai saiz, bentuk, warna kulit, fizikal dan mental
yang berlainan. Maka Norman Vincent Peale menegaskan bahawa seandainya
anda ingin berjaya
UBAHLAH CARA PEMIKIRAN ANDA maka ANDA MENGUBAH DUNIA ANDA.

Yang menarik selepas ini adalah saya bawakan beberapa
contoh mereka yang berjaya HANYA dengan berfikir cara
yang berbeza sedikit berbanding orang biasa.

Tuesday, May 12, 2009

Adakah Anda Komited Terhadap Matlamat?

Saya tertarik kepada satu cerita yang dibawa oleh Adam Khoo
dalam bukunya bertajuk "Master Your Mind Design Your Destiny."
Kisahnya apabila seorang peserta bertanya kepadanya yang dia
tidak memahami mengapa dia tidak mampu mencapai jualan bernilai
RM1 Juta walaupun berusaha sedaya upaya. Lalu bertanya,
"Apakah yang perlu dilakukan bagi mencapai tahap itu?"
Adam Khoo memberikan banyak cadangan untuk dia lakukan antaranya

1-Membuat 20 panggilan telefon sehari
2-Menghadiri majlis membina rangkaian seminggu
3-Membuat brosur yang menarik
4-Membuat road-show

Apabila mendengar cadangan tersebut, peserta tersebut
memberikan bermacam-macam alasan seperti:-

1-Belum bersedia untuk bekerja lewat malam
2-Tidak mahu melabur sedikit wang bagi membuat brosur baru
3-"Saya tidak ada cukup masa!"
4-"Kerja terlalu banyak!"

Jadi Adam Khoo menjelaskan bahawa orang seperti ini adalah
contoh tipikal seseorang yang menetapkan matlamatnya tetapi
tidak bersedia berusaha ke arah mencapainya. Justeru, apabila
matlamat mereka menjadi kemestian, kita menggunakan cara
berfikir yang berbeza. Kita menggunakan pelbagai usaha bagi
mencapainya.

Maka bertepatan kata-kata ini, "Hendak Seribu Daya Mahu Seribu Cara".

Sunday, May 10, 2009

Untuk Maju, Tingkatkan Ilmu

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)Zon Selatan telah mengambil inisiatif
dengan mengadakan lawatan ke Kilang Baja All Cosmos Industries Sdn Bhd
dan Felda Agricultural Services Sdn Bhd pada 7 Mei 2009. Bagi saya lawatan
Kilang Baja All Cosmos Industries Sdn Bhd yang terletak di Pasir Gudang
ini sangat bermakna kerana dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan
bagaimana raw material (bahan mentah)diambil sehinggalah dipantau
kesahihan kandungan serta aktiviti pembungkusan baja.

Menurut pegawai All Cosmos mendapati bahawa terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi hasil buah kelapa sawit iaitu:-
1-Anak Benih
2-Tanah
3-Cuaca
4-Pengurusan Ladang
5-Pembajaan
6-Kawalan Perosak & Penyakit

Jadi, aktiviti membaja yang berjadual mampu meningkatkan hasil buah sawit sehingga 60 peratus daripada biasa. Dengan adanya teknologi dan penyelidikan yang dibuat di All Cosmos bersama pegawai penyelidik MPOB maka terhasil satu baju yang dikenali
3 dalam 1 iaitu MPOB 4 yang mengandungi bahan kimia, organik serta zeolite.

Sepanjang pengawasan dan pengurusan ladang yang saya kendalikan, aktiviti pembajaan menyumbang kepada 2 kali penghasilan malah terdapat juga menghampiri 3 kali ganda penghasilan berbanding tidak dibaja. Malah kelebihan MPOB 4 mengandungi organik dan zeolite berbanding dalam pasaran hanya menggunakan bahan kimia sahaja.

Melawat Felda Agricultural Services Sdn Bhd di Felda Bukit Batu dapat mengetahui bagaimana penyediaan anak benih sawit. Di samping itu, pendedahan kaedah pengawalan dan penyelenggaraan benih sawit terutamanya kepada mereka yang ingin menjalankan aktiviti nurseri.

Saya juga menyeru MPOB dapat mengadakan lawatan ke kilang pengeluaran racun perosak selepas ini. Ini bertepatan dengan sebuah hadis bermaksud, "sesiapa sahaja yang mahukan kebahagian di dunia, ia dapat diperoleh dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kebahagian akhirat, juga dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan kebahagiaan kedua-duanya juga dengan ilmu." Maklumat sedemikian, membantu bukan sahaja pekebun-pekebun kecil malah orang ramai menyedari bahawa terdapat banyak perkembangan sama ada dari segi teknologi, bahan mentah yang bermutu untuk dihasilkan malah dapat membezakan antara baja atau anak benih yang bermutu dengan yang palsu.